Kaunter Fizikan PADU di PEDi
31 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPEDi Rpa Arau telah menjadi tempat bagi pembukaan Kaunter Fizikal PADU. PADU merupakan satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
Kaunter fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang disediakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pelis, memberi kemudahan kepada rakyat khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU), untuk mendaftar sistem tersebut.
Sesi pembukaan kaunter fizikal PADU telah dikendalikan oleh wakil daripada DOSM cawangan Perlis untuk membantu komuniti setempat membuat pendaftaran, mengemaskini maklumat dan menghantar permohonan PADU. Pihak PEDi juga turut membantu dengan mewar-warkan info mengenai PADU serta pembukaan kaunter Fizikal yang bertempat di PEDi Rpa Arau. Semoga melalui program kerjasama ini akan dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat agar dapat mengikuti perkembangan semasa khususnya dalam meneraju akses digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: